Kenali Logo Sekolah Kita

Tahukah anda bila logo SMK Senawang 3 dicipta?
Logo Sekolah telah mula dicipta bersama oleh Pn. Saadiah binti Saad dan En. Mohd Fisol bin Mansoor pada Januari 2007.


Moto sekolah ialah Berilmu, Berakhlak, Berbakti.

PENERANGAN LOGO SEKOLAH


Warna Pinang Masak
melambangkan semangat yang kental dan motivasi yang tinggi dalam kalangan para pelajar

Komputer
melambangkan pelajar yang brilmu dan mampu bersaing di peringkat global

Bulan dan Bintang
Pelajar yang seimbang dari segi sahsiah

Gandar
Pelajar yang berkemahiran dalam bidang Sains dan Teknologi serta mampu memenuhi keperluan dalam pembangunan negara

Membaca Gaya Wawasan

Tahukah anda artis-artis di tanah air kita turut menyokong gerakan membaca di Malaysia? Mereka turut menyumbang dari segi menyanyikan lagu yang diberi judul Membaca Gaya Wawasan. Bagi pelajar yang tidak menghafal lagu tersebut, bolehlah menyanyi bersama-sama berpandukan liriknya yang tercatat di bawah.


Membaca Gaya Wawasan
Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd 

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan

Selamat Datang Ke PSS SMK Senawang 3

Pusat Sumber Sekolah SMK Senawang 3 kini telah boleh diakses melalui internet. Ini berikutan daripada  kursus pengurusan blog yang telah diberikan kepada pihak admin blog ini pada 12 hingga 14 Mac yang lalu bertempat di PSS SMK Senawang 3. Kursus pengurusan blog telah dikendalikan oleh tuan pengetua.

Adalah diharapkan pelajar-pelajar SMK Senawang 3 dan guru-guru serta staf sokongan sekolah dapat melayarai laman blog ini selalu untuk melihat perkembangan pusat sumber sekolah kita dari semasa ke semasa. Pihak admin akan cuba menambahkan posting dan menyampaikan maklumat semasa tentang PSS kita secara berkala.

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA..