MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS & PRS SMK TAMAN FOREST HEIGHTS 2014

Wartikah Pelantikan Pengawas Pss & Prs 
2014

Wartikah Pelantikan Pengawas Pss & Prs telah diadakan,
Pada Isnin 24/02/2014 di dataran perhimpunan Smk Taman Forest Heights.


Majlis telah dirasmikan oleh,

Tn. Hj. Hamidon Bin Khalid Pengetua 
Smk Taman Forest Heights.



Semoga Mereka berjaya menjalankan tugas dengan lebih berdidikasi dan seiring mencapai kejayaan menjadi pelajar cemerlang.

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014



Pelancaran Program Nilam telah diadakan pada 27 Januari 2014 di dalam Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Forest Heights. Aktiviti di jalan selepas Perhimpunan Hari Isnin, Perasmian Nilam 2014 oleh 
Pengetua Tn Hj. Hamidon Bin Hj Khalid.



Pegawas Pusat Sumber dan pelajar turut bersama memainkan peranan menyanyikan Lagu Nilam & Lagu Membaca gaya wawasan .




 Apa itu NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca.
NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang.








































AKTIVITI BERSAMA KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

Aktiviti ini dijalankan pada hari Rabu 19 Febuari 2014, Aktiviti melibatkan semua Pelajar Kelab Pss yang di anggotai oleh pengawas Pusat Sumber Sekolah.

~Kami mengadakan pelbagai program bagi keceriaan Pss~


Pelajar kelab Pss diajar cara menyusun buku dengan lebih bersistematik supaya ia nampak lebih kemas dan teratur.








SMK TAMAN FOREST HEIGHTS


SMK TAMAN FOREST HEIGHTS
PERCINCT 4, PERSIARAN TAMAN FOREST HEIGHTS 2
TAMAN FOREST HEIGHTS
70100 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

NO TEL: 06-6720023
NO FAKS: 06-6720024


PROMOSI JULAI 2013


PROMOSI 
JULAI 2013

Najib Gemar Buku Mengenai Sejarah, Tokoh Dan Pemikiran Strategik

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dari dahulu lagi beliau suka membaca buku mengenai sejarah, pemikiran strategik dan kisah tokoh-tokoh masyarakat.

“Saya telah membesar dengan buku-buku sebegini,” kata Perdana Menteri dalam laman blog www.1malaysia.com pada Isnin.

Katanya koleksi buku-buku beliau sekarang masih sama seperti dahulu iaitu bahan bacaan yang cenderung ke arah penulisan bukan fiksyen.

Buku-buku sebegini, kata beliau, tidak menghidangkan senario-senario seperti dalam buku-buku fiksyen yang hanya dipenuhi oleh imaginasi.

Najib berkata buku bukan fiksyen menggariskan satu mesej yang cukup bermakna iaitu perihal manusia dan kemanusiaan yang sebenar, selain menceritakan kisah dan situasi sebenar selain ujian dan kejayaan sebenar yang dialami oleh insan-insan biasa, bukan yang dibentuk oleh imaginasi.

Perdana Menteri berkata cerita-cerita sebegini turut diadaptasi dan diceritakan semula dalam bentuk percetakan, skrin dan pementasan.

Katanya sebagai perdana menteri, hari-hari beliau selalunya dipenuhi dengan aktiviti berkaitan kerja.

“Oleh itu, saya amat menghargai masa yang dapat diluangkan untuk aktiviti peribadi yang saya gemari, seperti membaca buku,” kata Najib sambil menjelaskan bahawa baru-baru ini beliau berkesempatan membaca buku biografi mengenai Steve Jobs, pengasas komputer “Apple” yang meninggal dunia dunia akibat kanser baru-baru ini.

Katanya ketabahan luar biasa ikon-ikon seperti Nelson Mandela, Sir Winston Churchill atau pandangan berharga Malcolm Gladwell, W.Chan Kim dan Rene Maubourgne telah dan akan terus menyemarakkan lagi aspirasi masyarakat.

Najib menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai masa terluang supaya terus membaca sekerap yang mungkin.

Perdana Menteri juga meminta orang ramai memberi komen dalam blognya mengenai bahan bacaan kegemaran mereka agar beliau dapat tahu buka apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia masa kini.

Sumber : Bernama

Aktiviti Membaca Dikalangan Pelajar




Membaca merupakan amalan mulia yang perlu ada di kalangan masyarakat. Dengan mengamalkan budaya membaca diharapkan rakyat akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Budaya membaca ini masih dianggap remeh oleh sebahagian masyarakat walaupun, isu ini kerap dibincangkan dalam media massa. Oleh itu, beberapa cara perlu dilaksanakan agar aktiviti membaca menjadi budaya masyarakat.

Budaya membaca perlu bermula dari rumah kerana ibu bapa merupakan pihak pertama yang berupaya membentuk budaya membaca seseorang individu. Suasana keluarga juga amat mempengaruhi anak-anak terutama daripada segi amalan membaca. Oleh itu, ibu bapa wajar membelikan buku untuk bacaan anak-anak sejak mereka kecil lagi.. lbu bapa boleh membaca bersama anak-anak kerana aktiviti sebegini menyeronokkan anak-anak dan ia dapat menggalakkan anak-anak membaca.

Selain keluarga, masyarakat juga berperanan mempengaruhi generasi muda agar gemar membaca. Masyarakat mesti menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup seharian. Aktiviti membaca semasa menunggu bas dan ketika dalam kenderaan seperti yang dilakukan oleh rakyat Jepun patut diamalkan oleh masyarakat di negara kita kerana aktiviti ini banyak kebaikannya. Dengan melakukan aktiviti pembacaan pada setiap masa, maka akan terbentuklah masyarakat yang berilmu.




Selain itu, Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan. Contohnya, Kementerian Pelajaran boleh menggalakkan aktiviti membaca di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang berbentuk ilmu pengetahuan seperti pertandingan kuiz dan pertandingan mengarang. Pihak Kementerian Pelajaran juga perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang menarik dan berkualiti bagi mendorong pelajar untuk membaca. Pada setiap perhimpunan mingguan, pengetua sekolah wajar mengingatkan pelajar tentang budaya membaca dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang dapat menimbulkan minat membaca di kalangan masyarakat. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperbanyakkan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di kampung-kampung yang tiada perpustakaan awam. Sesungguhnya, sesebuah negara akan maju jika masyarakat mempunyai banyak pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Media massa juga boleh memainkan peranan dalam membentuk budaya membaca. Hal ini kerana media massa dapat mempengaruhi minda penonton atau audiens. Oleh itu, pihak media massa perlu menyokong usaha kerajaan untuk membentuk budaya membaca dalam masyarakat seperti menyiarkan rencana tentang kebaikan membaca. Pada masa yang sama, harga surat khabar dan majalah juga mestilah berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.